Kurangkanlah dari melakukan dosa, kematian akan mudah bagi kamu,

TEKS BAHASA ARAB

أقل من الذنوب، يهن عليك الموت، وأقل من الدين؛ تعش حرا، وانظر في أي نصاب تضع ولدك؛ فإن العرق دساس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kurangkanlah dari melakukan dosa, kematian akan mudah bagi kamu, kurangkanlah hutang, kamu akan hidup dengan bebas, dan lihatlah pada nisab (asal) yang manakah kamu akan letakkan anakmu (yakni pilihlah pasanganmu), sesungguhnya asal keturunan itu bercampur-campur (dengan genetik pasangan).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 625, hadis nombor 3253. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: ((أقل من الذنوب، يهن عليك الموت، وأقل من الدين؛ تعش حرا، وانظر في أي نصاب تضع ولدك؛ فإن العرق دساس.)). [عد، هب، ((الضعيفة)) (2023، 5337)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Kurangkanlah dari melakukan dosa, kematian akan mudah bagi kamu, kurangkanlah hutang, kamu akan hidup dengan bebas, dan lihatlah pada nisab (asal) yang manakah kamu akan letakkan anakmu (yakni pilihlah pasanganmu), sesungguhnya asal keturunan itu bercampur-campur (dengan genetik pasangan).
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2023 dan 5337].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs