Kunci-kunci bagi pintu syurga ialah kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah

TEKS BAHASA ARAB

مفاتيح ‌الجنة شهادة أن لا إله إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kunci-kunci bagi pintu syurga ialah kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 650, hadis nombor 3363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((مفاتيح ‌الجنة شهادة أن لا إله إلا الله)). [حم، البزار، ((الضعيفة)) (1311)]

(Lemah) Daripada Muaz RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kunci-kunci bagi pintu syurga ialah kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Bazzar dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1311]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs