Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مفاتيحُ الجنةِ شهادةُ أن لَّا إلهَ إلَّا اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Kunci-kunci bagi pintu syurga ialah kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 650, hadis no. 3363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Muaz RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kunci-kunci bagi pintu syurga ialah kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Bazzar dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1311]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman