Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لكلِّ أمرٍ مِفتاحٌ، ومِفتاحُ الجنةِ حُبُّ المساكينَ والفقراءِ، وهم جُلساءُ اللهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Bagi setiap perkara itu ada kuncinya dan kunci bagi syurga adalah mencintai golongan miskin dan golongan fakir. Mereka adalah golongan yang mempunyai kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis no. 61. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((لكل أمر مفتاح، ومفتاح الجنة حب المساكين والفقراء، وهم جلساء الله يوم القيامة)). [عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (1394)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap perkara itu ada kuncinya dan kunci bagi syurga adalah mencintai golongan miskin dan golongan fakir. Mereka adalah golongan yang mempunyai kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1394]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman