Kulup itu tidak boleh dibiarkan pada orang Islam hinggalah dia berkhitan

TEKS BAHASA ARAB

إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختن؛ ولو بلغ ثمانين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kulup itu tidak boleh dibiarkan pada (orang) Islam hinggalah dia berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213, hadis nombor 6175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه قال: وجدنا في قائم سيف رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحيفة: إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختن؛ ولو بلغ ثمانين سنة.
[هق، ((الضعيفة)) (5454)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Kami menemui pedang Rasulullah SAW, sehelai kertas tertulis: Sesungguhnya kulup itu tidak boleh dibiarkan pada (orang) Islam hinggalah dia berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5454]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.