Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الأَقْلَفَ لا يُتْرَكُ في الإسلامِ حتى يُخْتَنَ؛ ولو بلغ ثمانين سنةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kulup itu tidak boleh dibiarkan pada (orang) Islam hinggalah dia berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213, hadis no. 6175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه قال: وجدنا في قائم سيف رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحيفة: إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختن؛ ولو بلغ ثمانين سنة. [هق، ((الضعيفة)) (5454)]
(Palsu) Daripada 'Ali RA, katanya: Kami menemui pedang Rasulullah SAW, sehelai kertas tertulis: Sesungguhnya kulup itu tidak boleh dibiarkan pada (orang) Islam hinggalah dia berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5454]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman