Kuda yang digunakan di jalan Allah terikat pada ubun-ubunnya kebaikan hingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

‌إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة، وأهلها معانون عليها، والمنفق عليها كالباسط يده بالصدقة، وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada seekor kuda (yang digunakan di jalan Allah) terikat pada ubun-ubunnya kebaikan hingga hari kiamat dalam keadaan pemiliknya bersungguh-sungguh menguruskannya. Orang yang memberinya makan seperti orang yang membentangkan tangannya untuk bersedekah. Air kencing dan najisnya bagi pemiliknya di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis nombor 8238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌موضوع بهذا التمام) عن عريب، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة، وأهلها معانون عليها، والمنفق عليها كالباسط يده بالصدقة، وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة)). [طس، ((الضعيفة)) (5357، 5168)].

(Palsu dengan keseluruhannya)
Daripada ‘Uraib beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya pada seekor kuda (yang digunakan di jalan Allah) terikat pada ubun-ubunnya kebaikan hingga hari kiamat dalam keadaan pemiliknya bersungguh-sungguh menguruskannya. Orang yang memberinya makan seperti orang yang membentangkan tangannya untuk bersedekah. Air kencing dan najisnya bagi pemiliknya di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5168, 5357].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.