Kucing tidak (menyebabkan) solat terbatal, ini kerana ia merupakan antara perhiasan yang ada di dalam rumah

TEKS BAHASA ARAB

الهرة لا تقطع الصلاة، لأنها من متاع البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kucing tidak (menyebabkan) solat terbatal, ini kerana ia merupakan antara perhiasan yang ada di dalam rumah.

STATUS

Lemah Marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 252, hadis nombor 1310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف مرفوعا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الهرة لا تقطع الصلاة، لأنها من متاع البيت)). [هـ، عد، ابن خزيمة، المخلص في ((حديثه)) ((الضعيفة)) (1512)]

(Lemah Marfu’)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Kucing tidak (menyebabkan) solat terbatal, ini kerana ia merupakan antara perhiasan yang ada di dalam rumah.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn Khuzaimah dan al-Mukhallis dalam hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1512]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs