Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من سلَّ سخيمَتَهُ على طريقٍ منْ طرقِ المسلمِينَ؛ فعليهِ لعنةُ اللهِ والملائكةِ والناسِ أجمعينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang kotorannya mengalir atas mana-mana jalan orang Islam, maka dia memperolehi laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1357, hadis no. 6922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن سيرين، قال: قال رجل لأبي هريرة أفتيتنا في كل شيء؛ يوشك أن تفتينا في الخراء! فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من سل سخيمته على طريق من طرق المسلمين؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين. [طص، طس، عد، ((الضعيفة)) (5151)]
(Lemah) Daripada Muhammad bin Sirin telah berkata: Seorang lelaki pernah berkata kepada Abi Hurairah: Anda telah memberikan fatwa kepada kami dalam setiap perkara, hampir-hampir anda berikan fatwa kepada kami berkenaan najis. Abu Hurairah berkata: Aku pernah dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang kotorannya mengalir atas mana-mana jalan orang Islam, maka dia memperolehi laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Ibn 'Adiy dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5151]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman