Kota Madinah akan ditinggalkan dengan sebaik-baik keadaan.

TEKS BAHASA ARAB

لتتركن المدينة على أحسن ما كانت، حتى يدخل الكلب فيغذي على بعض سواري المدينة أو على المنبر. فقالوا: يا رسول الله! فلمن تكون الثمار ذلك الزمان؟ قال: ((للعوافي الطير والسباع)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kota Madinah akan ditinggalkan dengan sebaik-baik keadaan. Sehingga anjing masuk ke dalamnya dan kencing di tiang-tiang kota atau mimbar. Maka mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Untuk siapa buah-buah pada ketika itu? Baginda menjawab: Untuk al-‘Awāfi: burung dan binatang buas.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis nombor 9341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر جملة (الكلب)) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لتتركن المدينة على أحسن ما كانت، حتى يدخل الكلب فيغذي على بعض سواري المدينة أو على المنبر)). فقالوا: يا رسول الله! فلمن تكون الثمار ذلك الزمان؟ قال: ((للعوافي الطير والسباع)). [مالك، ((الضعيفة)) (٤٢٩٩)]

(Munkar dengan lafaz (al-kalb)) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kota Madinah akan ditinggalkan dengan sebaik-baik keadaan. Sehingga anjing masuk ke dalamnya dan kencing di tiang-tiang kota atau mimbar. Maka mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Untuk siapa buah-buah pada ketika itu? Baginda menjawab: Untuk al-‘Awāfi: burung dan binatang buas. [Riwayat Mālik dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4299]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs