Kosongkan (fikiran kalian) daripada runsing akan dunia semampu kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تفرغوا من هموم الدنيا ما استطعتم، فإنه من كانت الدنيا أكبر همه، أفشى الله عليه ضيعته، وجعل فقره بين عينيه، ومن كانت الآخرة أكبر همه جمع الله له أموره، وجعل غناه قلبه، وما أقبل عبد بقلبه، إلى الله تعالى إلا جعل الله عز وجل قلوب المؤمنين تفد عليه بالود والرحمة، وكان الله إليه بكل خير أسرع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kosongkan (fikiran kalian) daripada runsing akan dunia semampu kalian kerana sesiapa yang dunia menjadi kerunsingan terbesarnya, nescaya Allah isytiharkan ke atasnya kehilangan (dunia) dan menjadikan kefakiran depan matanya. Manakala barang siapa yang akhirat menjadi kerunsingan terbesarnya, maka Allah akan himpunkan urusan-urusannya serta menjadikan kekayaan dalam hatinya. Tidaklah seorang itu menuju kepada Allah Ta’ala dengan sepenuh hatinya, kecuali Allah Azza wa Jalla akan menjadikan hati orang-orang beriman cenderung kepadanya dengan kasih sayang dan belas ihsan, serta Allah lebih pantas kepadanya dengan seluruh kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis nombor 3065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌تفرغوا من هموم الدنيا ما استطعتم، فإنه من كانت الدنيا أكبر همه، أفشى الله عليه ضيعته، وجعل فقره بين عينيه، ومن كانت الآخرة أكبر همه جمع الله له أموره، وجعل غناه قلبه، وما أقبل عبد بقلبه، إلى الله تعالى إلا جعل الله عز وجل قلوب المؤمنين تفد عليه بالود والرحمة، وكان الله إليه بكل خير أسرع)). [ابن الأعرابي، القضاعي، طس، والبيهقي في ((الزهد))، حل، السمعاني في ((الفوائد المنتقاة))، ((الضعيفة)) (1018)].

(Palsu) Daripada Abu ad-Darda’ RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Kosongkan (fikiran kalian) daripada runsing akan dunia semampu kalian kerana sesiapa yang dunia menjadi kerunsingan terbesarnya, nescaya Allah isytiharkan ke atasnya kehilangan (dunia) dan menjadikan kefakiran depan matanya. Manakala barang siapa yang akhirat menjadi kerunsingan terbesarnya, maka Allah akan himpunkan urusan-urusannya serta menjadikan kekayaan dalam hatinya. Tidaklah seorang itu menuju kepada Allah Ta’ala dengan sepenuh hatinya, kecuali Allah Azza wa Jalla akan menjadikan hati orang-orang beriman cenderung kepadanya dengan kasih sayang dan belas ihsan, serta Allah lebih pantas kepadanya dengan seluruh kebaikan. [Diriwayatkan oleh Abu Sa’id bin al-Aa’rabi dalam Mu’jamnya, al-Quḍa’i dalam Musnad al-Shihab, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Baihaqi dalam az-Zuhd, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, dan al-Sam’ani dalam al-Fawaid al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1018].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.