TEKS BAHASA ARAB
كتاب الكلبي في التفسير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kitab tulisan al-Kalbi di dalam tafsir.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 136, hadis nombor 381. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الإمام أحمد فيه: من أوله إلى آخره كذب، قيل له: فيحل النظر فيه؟ قال: لا.
Imam Ahmad berkata: Daripada awal sehingga akhirnya adalah dusta. Ditanyakan kepada Imam Ahmad: Adakah diharuskan membaca kitabnya? Kata Beliau: Tidak.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.