Kitab terdahulu telah turun melalui satu pintu dalam satu bentuk. Manakala, al-Qur'an pula turun melalui tujuh pintu

TEKS BAHASA ARAB

كان الكتاب الأول نزل من باب واحد على وجه واحد ونزل القرآن من سبعة أبواب: زاجر، وآمر، وحلال، وحرام ومحكم ومتشابه وأمثال. فاحلوا حلاله وحرموا حرامه واعتبروا بأمثاله وآمنوا بمتشابهه وقولوا {آمنا به كل من عند ربنا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kitab terdahulu telah turun melalui satu pintu atau satu bentuk. Manakala, al-Qur’an pula turun melalui tujuh pintu; larangan, suruhan, halal, haram, muhkam (jelas), mutashabih (samar-samar), dan perumpamaan-perumpamaan. Oleh itu, halalkanlah apa yang al-Qur’an halalkan, haramkanlah apa yang al-Qur’an haramkan, ambillah iktibar melalui perumpamaan-perumpamaan al-Qur’an dan berimanlah dengan ayat-ayat mutashabihnya, seraya bacakanlah: "Kami beriman dengan al-Qur’an, kesemuanya datang daripada sisi Tuhan kami" [Surah Al 'Imran, ayat 7].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 89, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن جرير في تفسيره (1/ 30) وابن حبان (1782) والطحاوي في المشكل (4/ 184 – 185) وابن عبد البر في التمهيد (8 / 275) من طريق حيوة بن شريح عن عقيل بن خالد عن سلمة بن أبي سلمة بن عبد الرحمن، عن أبيه، عن ابن مسعود مرفوعا فذكره.
وخالفه الليث بن سعد فرواه، عن عقيل، عن ابن شهاب، عن سلمة بن أبي سلمة عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم)).أخرجه الطحاوي (4/ 185) . قال ابن عبد البر: وهذا حديث عند أهل العلم لا يثبت لأنه يرويه حيوة عن عقيل عن سلمة هكذا ويرويه الليث عن ابن شهاب عن سلمة ليس ممن يحتج به وهذا الحديث مجمع على ضعفه من جهة إسناده. وسبقه الطحاوي إلى مثل ذلك فقال: فاختلف حيوة والليث عن عقيل في إسناد هذا الحديث فرواه كل واحد منهما على ما ذكرناه في روايته أباه. وكان أهل العلم بالأسانيد يدفعون هذا الإسناد بانقطاعه في إسناده لأن أبا سلمة لا يتهيأ في سنة لقاء عبد الله بن مسعود ولا أخذه إياه عنه.هذا من جهة إسناده. وأما من جهة متنه فقال ابن عبد البر: وقد رده قوم من أهل النظر منهم أحمد بن أبي عمران قال: من قال في تأويل السبعة الأحرف هذا القول فتأويله فاسد. ومحال أن يكون الحرف منها حراما إلا ما سواه. لأنه لا يجوز أن يكون القرآن يقرأ على أنه حلال كله أو حرام كله أو أمثال كله. ذكره الطحاوي عن أحمد بن أبي عمران سمعه منه وهو كما قال ابن أبي عمران.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir dalam Tafsir beliau (1/30), Ibn Hibban (1782), al-Tahawi dalam al-Mushkil (4/184-185), Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Tamhid (8/275) melalui sanad Haiwah bin Shuraih daripada ‘Aqil bin Khalid daripada Salamah bin Abi Salamah bin ‘Abd al-Rahman daripada ayahnya daripada Ibn Mas’ud secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya.
Al-Layth bin Sa’d telah meriwayatkan berbeza dengan Haiwah, al-Layth meriwayatkannya daripada ‘Aqil daripada Ibn Shihab daripada Salamah bin Abi Salamah daripada Nabi SAW. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tahawi (4/185). Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "Hadith ini tidak thabit di sisi ahli ilmu kerana ianya diriwayatkan oleh Haiwah daripada ‘Aqil daripada Salamah sedemikian”. Al-Laith pula meriwayatkannya daripada Ibn Shihab daripada Salamah, beliau termasuk perawi-perawi yang tidak boleh berhujjah dengan hadithnya. Hadith ini disepakati sebagai dha’if dari sudut sanad. Al-Tahawi mendahului Ibn ‘Abd al-Bar dalam menyebutkan seumpama itu, kata al-Tahawi: "Haiwah dan al-Laith berbeza dalam meriwayatkan daripada ‘Aqil bagi sanad hadith ini. Setiap mereka telah meriwayatkan sebagaimana yang telah kami sebutkan dalam riwayatnya. Ahli ilmu yang pakar berkenaan sanad-sanad hadith telah menolak sanad ini kerana berlaku terputus sanadnya. Ini disebabkan oleh Abu Salamah yang usianya tidak memungkinkannya bertemu ‘Abd Allah bin Mas’ud, juga mengambil hadith tersebut daripada Ibn Mas’ud". Ini dari sudut sanad.
Manakala, dari sudut matannya pula, Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "Satu golongan pemerhati telah menolaknnya, antaranya Ahmad bin Abi ‘Imran, katanya: Sesiapa yang berpandangan takwilannya berkenaan tujuh huruf (qiraat), pandangan ini adalah rosak takwilannya. Adalah mustahil jika huruf (qiraat) tersebut antaranya adalah haram, tidak ada lain. Ini kerana, tidak boleh al-Qur’an itu dibaca sebagai halal kesemuanya, atau haram kesemuanya, atau perumpamaan-perumpamaan kesemuanya. Al-Tahawi telah menyebutkannya daripada Ahmad bin Abi ‘Imran, beliau mendengarnya daripada beliau. Ianya adalah sebagaimana yang Ibn Abi ‘Imran katakan".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs