Kitab syaitan adalah tatu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قال إبليس لربه: یا رب! قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سیکون کتاب ورسل؛ فما کتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرائك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وشرابك كل منكر، وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan!, Adam telah diturunkan (ke dunia), dan aku mengetahui bahawa akan ada kitab dan para rasul, maka apakah kitab mereka dan rasul mereka? (Allah) menjawab: “Rasul mereka adalah para malaikat, dan para nabi daripada kalangan mereka, dan kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.” Syaitan bertanya lagi: “Lalu apakah kitabku?.” Allah menjawab: “Kitabmu adalah tatu, Quranmu adalah syair, Rasulmu adalah bomoh, makananmu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah (Bismillah) keatasnya, minumanmu adalah perkara yang memabukkan, bicaramu (iaitu: kejujuranmu) adalah penipuan, rumahmu adalah tandas, perangkapmu adalah wanita, azanmu adalah seruling, dan masjidmu adalah pasar."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis nombor 2857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: قال إبليس لربه: یا رب! قد أهبط آدم، وقد علمتُ أنه سیکون کتاب ورسل؛ فما کتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرائك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وشرابك كل منكر، وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (6055)]

(Munkar)
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan!, Adam telah diturunkan (ke dunia), dan aku mengetahui bahawa akan ada kitab dan para rasul, maka apakah kitab mereka dan rasul mereka?” (Allah) menjawab: “Rasul mereka adalah para malaikat, dan para nabi daripada kalangan mereka, dan kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.” Syaitan bertanya lagi: “Lalu apakah kitabku?.” Allah menjawab: “Kitabmu adalah tatu, Quranmu adalah syair, Rasulmu adalah bomoh, makananmu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah (Bismillah) keatasnya, minumanmu adalah perkara yang memabukkan, bicaramu (iaitu: kejujuranmu) adalah penipuan, rumahmu adalah tandas, perangkapmu adalah wanita, azanmu adalah seruling, dan masjidmu adalah pasar."
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6055]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.