Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال إبليسُ لربِّهِ: يا ربِّ! قد أُهبطَ آدمُ، وقد علمتُ أنَّهُ سيكونُ كتابٌ ورسلٌ؛ فما كتابُهم ورُسُلُهم؟ قال: رُسُلُهم الملائكةُ، والنبيُّون منهم، وكتُبُهم التوراةُ والإنجيلُ والزبورُ والفرقانُ. قال: فما كتابي؟ قال: كتابُك الوشمُ، وقرآنُك الشِّعرُ، ورُسُلُك الكهنةُ، وطعامُك ما لا يُذْكَرِ اسمُ اللهِ عليهِ، وشرابُك كلُّ مسكرٍ، وحديثُك (الأصلُ: وصِدْقُك) الكذبُ، وبيتُك الحمامُ، ومصائِدُك النساءُ، ومُؤذِّنُك المزمارُ، ومسجدُك الأسواقُ.
Teks Bahasa Melayu
Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan!, Adam telah diturunkan (ke dunia), dan aku mengetahui bahawa akan ada kitab dan para rasul, maka apakah kitab mereka dan rasul mereka? (Allah) menjawab: “Rasul mereka adalah para malaikat, dan para nabi daripada kalangan mereka, dan kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.” Syaitan bertanya lagi: “Lalu apakah kitabku?.” Allah menjawab: “Kitabmu adalah tatu, Quranmu adalah syair, Rasulmu adalah bomoh, makananmu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah (Bismillah) keatasnya, minumanmu adalah perkara yang memabukkan, bicaramu (iaitu: kejujuranmu) adalah penipuan, rumahmu adalah tandas, perangkapmu adalah wanita, azanmu adalah seruling, dan masjidmu adalah pasar."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis no. 2857.
(منکر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: قال إبليس لربه: یا رب! قد أهبط آدم، وقد علمتُ أنه سیکون کتاب ورسل؛ فما کتابهم ورسلهم؟ قال: رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرائك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وشرابك كل منكر، وحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (6055)]
(Munkar) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan!, Adam telah diturunkan (ke dunia), dan aku mengetahui bahawa akan ada kitab dan para rasul, maka apakah kitab mereka dan rasul mereka?” (Allah) menjawab: “Rasul mereka adalah para malaikat, dan para nabi daripada kalangan mereka, dan kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.” Syaitan bertanya lagi: “Lalu apakah kitabku?.” Allah menjawab: “Kitabmu adalah tatu, Quranmu adalah syair, Rasulmu adalah bomoh, makananmu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah (Bismillah) keatasnya, minumanmu adalah perkara yang memabukkan, bicaramu (iaitu: kejujuranmu) adalah penipuan, rumahmu adalah tandas, perangkapmu adalah wanita, azanmu adalah seruling, dan masjidmu adalah pasar." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6055]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman