Tidak Sabit
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كِتَابُ الْمَغَازِي لِمُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ.
Teks Bahasa Melayu
Kitab al-Maghazi tulisan Muhammad bin Ishaq.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Sabit
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Info ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 137, hadis no. 383. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بثابت، فإنه كان يأخذ من أهل الكتاب، وقال الشافعي: كتب الواقدي: كذب، وليس في المغازي أصح من مغازي موسى بن عقبة.
Tidak sabit, kerana beliau sering mengambil riwayat daripada ahli Kitab. Al-Syafii berkata: Buku-buku al-Waqidi adalah dusta. Tiada kitab Maghazi yang lebih sahih daripada Maghazi Musa bin Uqbah.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman