Kisah Uthman ketika beliau berkhutbah pada hari Jumaat pertama beliau dilantik sebagai khalifah

TEKS BAHASA ARAB

قصة عثمان أنه لما خطب في أول جمعة ولي الخلافة، صعد المنبر، فقال: الحمد لله فارتج عليه، فقال: إن أبا بكر وعثمان كانا يعدان لهذا المقام مقالا، وأنتم إلى إمام فعال، أحوج منكم إلى إمام قوال، وستأتيكم الخطب بعد، وأستغفر الله لي ولكم، ونزل وصلى بهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kisah Uthman bahawa ketika beliau berkhutbah pada hari Jumaat pertama beliau dilantik khalifah, beliau telah naik minbar lalu berkata: Alhamdulillah, lalu beliau mengigil di atasnya. Lalu beliau berkata: Abu Bakr dan Uthman benar-benar telah mempersiapkan ucapan untuk tempat sebegini dan kalian lebih memerlukan kepada pemimpin yang banyak bertindak daripada kalian kepada pemimpin yang banyak bercakap. Dan akan datang kepada kalian nanti khutbah-khutbah. Dan aku memohon ampun dari Allah buatku dan buat kalian. Dan beliau turun dan solat mengimami mereka.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 130, hadis nombor 216. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الهمام: إنها لم تعرف في كتب الحديث بل في كتب الفقه.

Ibn al-Hammam berkata: Sesungguhnya ia tidak dikenali dalam buku-buku hadis bahkan dalam buku-buku fekah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs