Tidak Diketahui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قِصَّةُ عُثْمَانَ أَنَّهُ لَمَّا خَطَبَ فِي أَوَّلِ جُمُعَةٍ وَلِيَ الْخِلافَةَ صَعِدَ الْمِنْبَرَ، فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ فَارْتَجَّ عَلَيْهِ، فَقَالَ: إِنَّ أَبَا بكر وَعُثْمَان كَانَا يُعِدَّانِ لِهَذَا الْمَقَامِ مَقَالا، وَأَنْتُمْ إِلَى إِمَامٍ فَعَّالٍ، أَحْوَجُ مِنْكُمْ إِلَى إِمَامٍ قَوَّالٍ، وَسَتَأْتِيكُمُ الْخُطَبُ بَعْدُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ لِي وَلَكُمْ، وَنَزَلَ وَصَلَّى بِهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Kisah Uthman bahawa ketika beliau berkhutbah pada hari Jumaat pertama beliau dilantik khalifah, beliau telah naik minbar lalu berkata: Alhamdulillah, lalu beliau mengigil di atasnya. Lalu beliau berkata: Abu Bakr dan Uthman benar-benar telah mempersiapkan ucapan untuk tempat sebegini dan kalian lebih memerlukan kepada pemimpin yang banyak bertindak daripada kalian kepada pemimpin yang banyak bercakap. Dan akan datang kepada kalian nanti khutbah-khutbah. Dan aku memohon ampun dari Allah buatku dan buat kalian. Dan beliau turun dan solat mengimami mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tidak Diketahui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 130, hadis no. 216. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الهمام: إنها لم تعرف في كتب الحديث بل في كتب الفقه.
Ibn al-Hammam berkata: Sesungguhnya ia tidak dikenali dalam buku-buku hadis bahkan dalam buku-buku fekah.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman