Kisah Uthman ketika beliau berkhutbah pada awal hari jumaat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قصة عثمان أنه لما خطب في أول جمعة ولي الخلافة، فصعد المنبر فقال: الحمد لله فأرتج عليه، فقال: إن أبا بكر وعمر كانا يعتدان لهذا المقام مقالا، وأنتم إلى إمام فعال أحوج منكم إلى إمام قوال، وستأتيكم الخطب، وأستغفر الله لي ولكم، ونزل وصلى بهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kisah Uthman ketika beliau berkhutbah pada awal hari jumaat ketika diangkat menjadi khalifah, beliau naik ke atas mimbar lalu beliau berkata: Segala puji bagi Allah.

Lalu beliau bergetar, lalu beliau berkata: Sesungguhnya Abu bakar dan umar telah mempersiapkan ucapan bagi situasi ini. Kamu lebih memerlukan seorang pemimpin yang melakukan kerja berbanding pemimpin yang bercakap. Ceramah akan tiba nanti. Aku memohon ampun kepada Allah bagiku dan kamu.

Beliau lalu turun dan solat dengan menjadi imam kepada mereka.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 134, hadis nombor 375. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الهمام: إنها لم تعرف في كتب الحديث بل في كتب الفقه.


Ibn al-Humam berkata: Kisah ini tidak diketahui dalam kitab-kitab hadith, sebaliknya dalam kitab-kitab fiqh.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs