TEKS BAHASA ARAB
أن ثعلبة بن حاطب الأنصاري – رضي الله عنه – أنه قال لرسول الله – صلى الله عليه وسلم – ادع الله أن يرزقني مالاً؛ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ويحك يا ثعلبة! قليل تؤدي شكره، خير من كثير لا تطيقه))، قال: ثم قال مرة أخرى، فقال: ((أما ترضى أن تكون مثل نبي الله؟ فوالذي نفسي بيده! لو شئت أن تسير معي الجبال ذهباً وفضة لسارت)) قال: والذي بعثك بالحق! لئن دعوت الله فرزقني مالاً؛ لأعطين كل ذي حق حقه! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اللهم! ارزق ثعلبة مالاً))، قال: فاتخذ غنماً، فنمت كما ينمو الدود، فضاقت عليه المدينة، فتنحى عنها، فنزل وادياً من أوديتها، حتى جعل يصلي الظهر والعصر في جماعة، ويترك ما سواهما. ثم نمت وكثرت، فتنحى حتى ترك الصلوات إلا الجمعة، وهي تنمو كما ينمو الدود، حتى ترك الجمعة، فطفق يتلقى الركبان يوم الجمعة يسألهم عن الأخبار، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما فعل ثعلبة؟)) فقالوا: يا رسول الله، اتخذ غنماً فضاقت عليه المدينة! فأخبروه بأمره، فقال: ((يا ويح ثعلبة! يا ويح ثعلبة! يا ويح ثعلبة!)) قال: وأنزل الله: (خذ من أموالهم صدقة) الآية (سورة التوبة: 103) ، ونزلت عليه فرائض الصدقة، فبعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجلين على الصدقة، رجلاً من جهينة، ورجلاً من سليم، وكتب لهما كيف يأخذان الصدقة من المسلمين، وقال لهما: ((مرا بثعلبة، وبفلان – رجل من بني سليم – فخذا صدقاتهما!)) فخرجا حتى أتيا ثعلبة، فسألاه الصدقة، وأقرأاه كتاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ما هذه إلا جزية! ما هذه إلا أخت الجزية! ما أدري ما هذا! انطلقا حتى تفرغا ثم عودا إلى. فانطلقا، وسمع بهما السلمي، فنظر إلى خيار أسنان إبله، فعزلها للصدقة، ثم استقبلهم بها. فلما رأوها قالوا: ما يجب عليك هذا، وما نريد أن نأخذ هذا منك. قال: بلى، فخذوه، فإن نفسي بذلك طيبة، وإنما هي لي! فأخذوها منه. فلما فرغا من صدقاتهما، رجعا حتى مرا بثعلبة، فقال: أروني كتابكما! فنظر فيه، فقال: ما هذا إلا أخت الجزية! انطلقا حتى أرى رأيي. فانطلقا حتى أتيا النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآهما قال: ((يا ويح ثعلبة!)) قبل أن يكلمهما، ودعا للسلمي بالبركة، فأخبراه بالذي صنع ثعلبة، والذي صنع السلمي، فأنزل الله تبارك وتعالى فيه: {ومنهم من عاهد الله لئن آتانا من فضله لنصدقن ولنكونن من الصالحين} إلى قوله: {وبما كانوا يكذبون} ، وعند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجل من أقارب ثعلبة، فسمع ذلك، فخرج حتى أتاه، فقال: ويحك يا ثعلبة! قد أنزل الله فيك كذا وكذا! فخرج ثعلبة حتى أتى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فسأله أن يقبل منه صدقته، فقال: ((إن الله منعني أن أقبل منك صدقتك))، فجعل يحثي على رأسه التراب، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((هذا عملك، قد أمرتك فلم تطعني!)) فلما أبى أن يقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، رجع إلى منزله، وقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولم يقبل منه شيئاً. ثم أتى أبا بكر حين استخلف، فقال: قد علمت منزلتي من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وموضعي من الأنصار، فاقبل صدقتي! فقال أبو بكر: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وأنا أقبلها! فقبض أبو بكر، ولم يقبضها. فلما ولي عمر، أتاه فقال: يا أمير المؤمنين، اقبل صدقتي! فقال: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولا أبو بكر، وأنا أقبلها منك! فقبض ولم يقبلها، ثم ولي عثمان – رحمة الله عليه -، فأتاه فسأله أن يقبل صدقته فقال: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولا أبو بكر ولا عمر – رضوان الله عليهما – وأنا أقبلها منك! فلم يقبلها منه. وهلك ثعلبة في خلافة عثمان – رحمة الله عليه -.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahawa Tha’labah bin Hatib al-Ansari RA pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Allah mengurniakan aku harta.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Celakalah kamu wahai Tha’labah! Sedikit yang mampu kau syukuri lebih baik dari banyak yang tak mampu kau syukuri.)) Dia (Abu Umamah) berkata: Kemudian dia (Tha’labah) berkata menyebut lagi sekali. Maka Rasulullah SAW bersabda: ((Tidakkah engkau reda menjadi seperti Nabi Allah?. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, jika aku mahu gunung itu cair menjadi emas dan perak nescaya ia akan mencair.)) Dia (Tha’labah) berkata: “Demi Tuhan yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika engkau berdoa kepada Allah agar Allah merezekikan aku harta nescaya aku akan menunaikan hak yang sepatutnya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Ya Allah kurniakanlah Tha’labah harta”. Dia (Abu Umamah) berkata: Lalu Tha’labah mula mengembala kambing lalu kambing itu membiak laju seperti ulat. Kemudian dia merasakan sempit hidup di Madinah lalu dia keluar darinya. Lalu dia berpindah ke sebuah lembah sehingga solat Zohor dan Asar berjemaah tetapi meninggalkan selainnya (dek kerana jauh dari masjid dan kesibukan mengurus harta). Kemudian hartanya berkembang lagi sehinggakan dia meninggalkan semua solat berjemaah kecuali solat Jumaat. Namun hartanya berkembang lagi seperti berkembangnya ulat sehingga menyebabkan dia meninggalkan solat Jumaat. (Disebabkan itu) dia sering berlari-lari mendapatkan penunggang (yang menunggang dari Madinah dan melalui kawasannya) pada hari Jumaat bagi bertanyakan berita-berita (dari Madinah). Lalu Rasululah SAW bertanya: ((Apakah yang dilakukan oleh Tha’labah?)) Lalu mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, dia telah mengembala kambing lalu Madinah dirasakan sempit baginya!” Lalu mereka menyatakan perihalnya. Lalu baginda bersabda: “Celakalah Tha’labah! Celakalah Tha’labah! Celakalah Tha’labah! Dia (Abu Umamah) berkata: Lalu Allah menurunkan ayat: {Ambillah daripada harta mereka zakat} (Surah al-Taubah: 103). Lalu turunlah perintah zakat. Maka Rasulullah SAW mengutuskan 2 orang lelaki untuk mengutip zakat, seorang lelaki daripada bani Juhainah, seorang lelaki daripada bani Sulaim. Baginda juga menulis untuk mereka berdua cara bagaimana mereka boleh mengutip zakat daripada kaum muslimin dan berkata kepada mereka berdua: ((Pergilah kamu berjumpa dengan Tha’labah dan juga seorang lelaki daripada Bani Sulaim dan ambillah zakat dari mereka berdua!)) Lalu mereka berdua keluar sehingga berjumpa dengan Tha’labah. Lalu mereka berdua meminta zakat dari Tha’labah dan membacakan perutusan Rasulullah SAW lalu Tha’labah berkata: “Ini hanyalah Jizyah! Ini hanyalah saudara Jizyah! Aku tidak tahu apakah ini! Pergilah kamu sehingga kamu selesai kemudian kembalilah kepadaku.” Lalu mereka berdua berangkat dan hal ini sampai kepada al-Sulami. Lalu dilihat kepada gigi untanya yang terbaik, lalu dia mengasingkannya untuk diberikan sebagai bayaran zakat kemudian bertemu mereka (dua sahabat pengutip zakat) dengannya (unta tersebut). Ketika mereka melihatnya mereka berkata: Tidak wajib ke atas kamu ini, kami juga tidak mahu mengambilnya daripada kamu (kerana ia melebihi had yang dituntut ke atasnya). Dia berkata: “Baiklah, kalau begitu ambillah ia (untanya yang lain) yang demikian itu menenangkan hatiku. Adapun ia (unta yang pertama), ia adalah untukku!” Lalu mereka mengambilnya (unta kedua) daripadanya. Setelah mereka berdua selesai memungut zakat, mereka kembali lagi sehingga mereka melalui kawasan Tha’labah. Lalu dia berkata: “Tunjukkan pada perutusan kamu!” Lalu setelah dia melihatnya dia berkata: “Ini hanyalah saudara Jizyah! Pergilah sehingga aku mempunyai pandanganku (aku akan berfikir dahulu). Lalu mereka berdua bertolak pulang sehingga mereka berjumpa dengan Nabi SAW. Setelah baginda melihat mereka bedua, Baginda bersabda: ((Celakalah Tha’labah!)) sebelum Baginda bercakap dengan mereka berdua. Nabi SAW mendoakan keberkatan kepada al-Sulami. Lalu mereka berdua menceritakan apa yang dilakukan oleh Tha’labah dan juga apa yang dilakukan oleh al-Sulami. Lalu Allah taala menurunkan ayat: {Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, tentu kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi orang-orang salih} sehingga ayat {dan juga kerana mereka sentiasa berdusta}. Di sisi Rasulullah SAW ketika itu terdapat seorang lelaki dari kaum kerabat Tha’labah. Ketika dia mendengarnya dia keluar sehingga berjumpa dengannya dan berkata: “Celaka kamu wahai Tha’labah! Telah turun ayat Allah sekian sekian kepada kamu.” Lalu Tha’labah keluar sehingga berjumpa dengan Nabi SAW. Lalu dia meminta agar diterima zakatnya. Lalu Baginda bersabda: ((Sesungguhnya Allah telah menghalang aku daripada menerima zakat kamu.)) Lalu Tha’labah meletakkan tanah dan debu ke atas kepalanya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Ini adalah tindakan kamu, aku telah menyuruh kamu tetapi kamu tidak mentaatiku!)) Setelah Rasulullah enggan menerima zakatnya, dia kembali ke rumahnya. Lalu Rasulullah SAW wafat tanpa menerima sesuatu pun daripadanya. Kemudian dia berjumpa dengan Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Dia berkata: “Engkau mengetahui akan kedudukanku di sisi Rasulullah SAW dan kedudukanku di sisi Ansar, maka terimalah zakatku!.” Lalu Abu Bakar berkata: “Rasulullah SAW tidak menerimanya, adakah aku akan menerimanya?.” Lalu Abu Bakar juga wafat dan tidak menerima zakatnya. Ketika Umar memerintah, Tha’labah menemuinya dan berkata: “Wahai Amir al-Mukminin, ambillah sedekahku!.” Lalu beliau berkata: “Rasulullah SAW dan Abu Bakar tidak menerimanya, adakah aku akan menerimanya daripadamu?!.” Lalu Umar juga wafat dan tidak menerima zakatnya. Ketika Uthman memerintah, Tha’labah datang dan menemuinya lalu meminta agar zakatnya diterima lalu Uthman berkata: “Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar tidak menerimanya, apakah aku akan menerimanya?!.” Lalu Uthman tidak menerimanya. Kemudian, Tha’labah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Uthman RA.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis nombor 3220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة الباهلي، أن ثعلبة بن حاطب الأنصاري – رضي الله عنه – أنه قال لرسول الله – صلى الله عليه وسلم – ادع الله أن يرزقني مالاً؛ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ويحك يا ثعلبة! قليل تؤدي شكره، خير من كثير لا تطيقه))، قال: ثم قال مرة أخرى، فقال: ((أما ترضى أن تكون مثل نبي الله؟ فوالذي نفسي بيده! لو شئت أن تسير معي الجبال ذهباً وفضة لسارت)) قال: والذي بعثك بالحق! لئن دعوت الله فرزقني مالاً؛ لأعطين كل ذي حق حقه! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اللهم! ارزق ثعلبة مالاً))، قال: فاتخذ غنماً، فنمت كما ينمو الدود، فضاقت عليه المدينة، فتنحى عنها، فنزل وادياً من أوديتها، حتى جعل يصلي الظهر والعصر في جماعة، ويترك ما سواهما. ثم نمت وكثرت، فتنحى حتى ترك الصلوات إلا الجمعة، وهي تنمو كما ينمو الدود، حتى ترك الجمعة، فطفق يتلقى الركبان يوم الجمعة يسألهم عن الأخبار، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما فعل ثعلبة؟)) فقالوا: يا رسول الله، اتخذ غنماً فضاقت عليه المدينة! فأخبروه بأمره، فقال: ((يا ويح ثعلبة! يا ويح ثعلبة! يا ويح ثعلبة!)) قال: وأنزل الله: (خذ من أموالهم صدقة) الآية (سورة التوبة: 103) ، ونزلت عليه فرائض الصدقة، فبعث رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجلين على الصدقة، رجلاً من جهينة، ورجلاً من سليم، وكتب لهما كيف يأخذان الصدقة من المسلمين، وقال لهما: ((مرا بثعلبة، وبفلان – رجل من بني سليم – فخذا صدقاتهما!)) فخرجا حتى أتيا ثعلبة، فسألاه الصدقة، وأقرأاه كتاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ما هذه إلا جزية! ما هذه إلا أخت الجزية! ما أدري ما هذا! انطلقا حتى تفرغا ثم عودا إلى. فانطلقا، وسمع بهما السلمي، فنظر إلى خيار أسنان إبله، فعزلها للصدقة، ثم استقبلهم بها. فلما رأوها قالوا: ما يجب عليك هذا، وما نريد أن نأخذ هذا منك. قال: بلى، فخذوه، فإن نفسي بذلك طيبة، وإنما هي لي! فأخذوها منه. فلما فرغا من صدقاتهما، رجعا حتى مرا بثعلبة، فقال: أروني كتابكما! فنظر فيه، فقال: ما هذا إلا أخت الجزية! انطلقا حتى أرى رأيي. فانطلقا حتى أتيا النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآهما قال: ((يا ويح ثعلبة!)) قبل أن يكلمهما، ودعا للسلمي بالبركة، فأخبراه بالذي صنع ثعلبة، والذي صنع السلمي، فأنزل الله تبارك وتعالى فيه: {ومنهم من عاهد الله لئن آتانا من فضله لنصدقن ولنكونن من الصالحين} إلى قوله: {وبما كانوا يكذبون} ، وعند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجل من أقارب ثعلبة، فسمع ذلك، فخرج حتى أتاه، فقال: ويحك يا ثعلبة! قد أنزل الله فيك كذا وكذا! فخرج ثعلبة حتى أتى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فسأله أن يقبل منه صدقته، فقال: ((إن الله منعني أن أقبل منك صدقتك))، فجعل يحثي على رأسه التراب، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((هذا عملك، قد أمرتك فلم تطعني!)) فلما أبى أن يقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، رجع إلى منزله، وقبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولم يقبل منه شيئاً. ثم أتى أبا بكر حين استخلف، فقال: قد علمت منزلتي من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، وموضعي من الأنصار، فاقبل صدقتي! فقال أبو بكر: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وأنا أقبلها! فقبض أبو بكر، ولم يقبضها. فلما ولي عمر، أتاه فقال: يا أمير المؤمنين، اقبل صدقتي! فقال: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولا أبو بكر، وأنا أقبلها منك! فقبض ولم يقبلها، ثم ولي عثمان – رحمة الله عليه -، فأتاه فسأله أن يقبل صدقته فقال: لم يقبلها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ولا أبو بكر ولا عمر – رضوان الله عليهما – وأنا أقبلها منك! فلم يقبلها منه. وهلك ثعلبة في خلافة عثمان – رحمة الله عليه -.[ابن جرير، ابن أبي حاتم، طب، ((الضعيفة)) (1607، 4081)].
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Tha’labah bin Hatib al-Ansari RA pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Allah mengurniakan aku harta.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Celakalah kamu wahai Tha’labah! Sedikit yang mampu kau syukuri lebih baik dari banyak yang tak mampu kau syukuri.)) Dia (Abu Umamah) berkata: Kemudian dia (Tha’labah) berkata menyebut lagi sekali. Maka Rasulullah SAW bersabda: ((Tidakkah engkau reda menjadi seperti Nabi Allah?. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, jika aku mahu gunung itu cair menjadi emas dan perak nescaya ia akan mencair.)) Dia (Tha’labah) berkata: “Demi Tuhan yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jika engkau berdoa kepada Allah agar Allah merezekikan aku harta nescaya aku akan menunaikan hak yang sepatutnya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Ya Allah kurniakanlah Tha’labah harta”. Dia (Abu Umamah) berkata: Lalu Tha’labah mula mengembala kambing lalu kambing itu membiak laju seperti ulat. Kemudian dia merasakan sempit hidup di Madinah lalu dia keluar darinya. Lalu dia berpindah ke sebuah lembah sehingga solat Zohor dan Asar berjemaah tetapi meninggalkan selainnya (dek kerana jauh dari masjid dan kesibukan mengurus harta). Kemudian hartanya berkembang lagi sehinggakan dia meninggalkan semua solat berjemaah kecuali solat Jumaat. Namun hartanya berkembang lagi seperti berkembangnya ulat sehingga menyebabkan dia meninggalkan solat Jumaat. (Disebabkan itu) dia sering berlari-lari mendapatkan penunggang (yang menunggang dari Madinah dan melalui kawasannya) pada hari Jumaat bagi bertanyakan berita-berita (dari Madinah). Lalu Rasululah SAW bertanya: ((Apakah yang dilakukan oleh Tha’labah?)) Lalu mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, dia telah mengembala kambing lalu Madinah dirasakan sempit baginya!” Lalu mereka menyatakan perihalnya. Lalu baginda bersabda: “Celakalah Tha’labah! Celakalah Tha’labah! Celakalah Tha’labah! Dia (Abu Umamah) berkata: Lalu Allah menurunkan ayat: {Ambillah daripada harta mereka zakat} (Surah al-Taubah: 103). Lalu turunlah perintah zakat. Maka Rasulullah SAW mengutuskan 2 orang lelaki untuk mengutip zakat, seorang lelaki daripada bani Juhainah, seorang lelaki daripada bani Sulaim. Baginda juga menulis untuk mereka berdua cara bagaimana mereka boleh mengutip zakat daripada kaum muslimin dan berkata kepada mereka berdua: ((Pergilah kamu berjumpa dengan Tha’labah dan juga seorang lelaki daripada Bani Sulaim dan ambillah zakat dari mereka berdua!)) Lalu mereka berdua keluar sehingga berjumpa dengan Tha’labah. Lalu mereka berdua meminta zakat dari Tha’labah dan membacakan perutusan Rasulullah SAW lalu Tha’labah berkata: “Ini hanyalah Jizyah! Ini hanyalah saudara Jizyah! Aku tidak tahu apakah ini! Pergilah kamu sehingga kamu selesai kemudian kembalilah kepadaku.” Lalu mereka berdua berangkat dan hal ini sampai kepada al-Sulami. Lalu dilihat kepada gigi untanya yang terbaik, lalu dia mengasingkannya untuk diberikan sebagai bayaran zakat kemudian bertemu mereka (dua sahabat pengutip zakat) dengannya (unta tersebut). Ketika mereka melihatnya mereka berkata: Tidak wajib ke atas kamu ini, kami juga tidak mahu mengambilnya daripada kamu (kerana ia melebihi had yang dituntut ke atasnya). Dia berkata: “Baiklah, kalau begitu ambillah ia (untanya yang lain) yang demikian itu menenangkan hatiku. Adapun ia (unta yang pertama), ia adalah untukku!” Lalu mereka mengambilnya (unta kedua) daripadanya. Setelah mereka berdua selesai memungut zakat, mereka kembali lagi sehingga mereka melalui kawasan Tha’labah. Lalu dia berkata: “Tunjukkan pada perutusan kamu!” Lalu setelah dia melihatnya dia berkata: “Ini hanyalah saudara Jizyah! Pergilah sehingga aku mempunyai pandanganku (aku akan berfikir dahulu). Lalu mereka berdua bertolak pulang sehingga mereka berjumpa dengan Nabi SAW. Setelah baginda melihat mereka bedua, Baginda bersabda: ((Celakalah Tha’labah!)) sebelum Baginda bercakap dengan mereka berdua. Nabi SAW mendoakan keberkatan kepada al-Sulami. Lalu mereka berdua menceritakan apa yang dilakukan oleh Tha’labah dan juga apa yang dilakukan oleh al-Sulami. Lalu Allah taala menurunkan ayat: {Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurnia-Nya, tentu kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi orang-orang salih} sehingga ayat {dan juga kerana mereka sentiasa berdusta}. Di sisi Rasulullah SAW ketika itu terdapat seorang lelaki dari kaum kerabat Tha’labah. Ketika dia mendengarnya dia keluar sehingga berjumpa dengannya dan berkata: “Celaka kamu wahai Tha’labah! Telah turun ayat Allah sekian sekian kepada kamu.” Lalu Tha’labah keluar sehingga berjumpa dengan Nabi SAW. Lalu dia meminta agar diterima zakatnya. Lalu Baginda bersabda: ((Sesungguhnya Allah telah menghalang aku daripada menerima zakat kamu.)) Lalu Tha’labah meletakkan tanah dan debu ke atas kepalanya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Ini adalah tindakan kamu, aku telah menyuruh kamu tetapi kamu tidak mentaatiku!)) Setelah Rasulullah enggan menerima zakatnya, dia kembali ke rumahnya. Lalu Rasulullah SAW wafat tanpa menerima sesuatu pun daripadanya. Kemudian dia berjumpa dengan Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Dia berkata: “Engkau mengetahui akan kedudukanku di sisi Rasulullah SAW dan kedudukanku di sisi Ansar, maka terimalah zakatku!.” Lalu Abu Bakar berkata: “Rasulullah SAW tidak menerimanya, adakah aku akan menerimanya?.” Lalu Abu Bakar juga wafat dan tidak menerima zakatnya. Ketika Umar memerintah, Tha’labah menemuinya dan berkata: “Wahai Amir al-Mukminin, ambillah sedekahku!.” Lalu beliau berkata: “Rasulullah SAW dan Abu Bakar tidak menerimanya, adakah aku akan menerimanya daripadamu?!.” Lalu Umar juga wafat dan tidak menerima zakatnya. Ketika Uthman memerintah, Tha’labah datang dan menemuinya lalu meminta agar zakatnya diterima lalu Uthman berkata: “Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar tidak menerimanya, apakah aku akan menerimanya?!.” Lalu Uthman tidak menerimanya. Kemudian, Tha’labah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Uthman RA.
[Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1607, 4081].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.