Kisah tentang seorang budak lelaki dalam kalangan Bani Israil

TEKS BAHASA ARAB

إن غلاما كان في بني إسرائيل على جبل فقال لأمه: من خلق السماء؟ قالت: الله عز وجل. قال: فمن خلق الأرض؟ قالت: الله عز وجل، قال: فمن خلق الجبال؟ قالت: الله عز وجل. قال: فمن خلق الغيم؟ قالت: الله عز وجل. قال: إني لأسمع لله شأنا، ثم رمى بنفسه من الجبل فتقطع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kisah tentang seorang budak lelaki dalam kalangan Bani Israil di atas sebuah bukit. Dia bertanya kepada ibunya: Siapakah yang menciptakan langit? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bumi? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bukit-bukau? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan awan? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar kehebatan bagi Allah. Kemudian, dia mencampakkan dirinya dari bukit tersebut, lalu (anggota badannya) terputus-putus.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2074, hadis nombor 10410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، أنه ذكر غلاماً في بني إسرائيل على جبلٍ، فقال لأُمِّه: من خلق السّماء؟ قالت: الله – عز وجل -، قال: فمن خلق الأرض؟ قالت: الله – عز وجل -، قال: فمن خلق الجبالَ؟ قالت: الله – عز وجل -. قال: فمن خلق الغيْم؟ قالت: الله – عز وجل -. قال: إني لأسمع لله شأناً. ثم رمَى بنفسه من الجبل، فتقطّع.
[الغزالي في ((الإحياء))، ((الضعيفة)) (6501)]

(Sangat Munkar)
Daripada Abū Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda menyebut kisah seorang budak lelaki dalam kalangan Bani Israil di atas sebuah bukit. Dia bertanya kepada ibunya: Siapakah yang menciptakan langit? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bumi? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bukit-bukau? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan awan? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar kehebatan bagi Allah. Kemudian, dia mencampakkan dirinya dari bukit tersebut, lalu (anggota badannya) terputus-putus.
[Riwayat al-Ghazālī dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6501]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs