Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ غلامًا كان في بني إسرائيلَ على جبلٍ فقال لأمِّهِ: من خلقَ السماءَ؟ قالت: اللهُ عزَّ وجلَّ. قال: فمن خلقَ الأرضَ؟ قالت: اللهُ عزَّ وجلَّ، قال: فمن خلقَ الجبالَ؟ قالت: اللهُ عزَّ وجلَّ. قال: فمن خلقَ الغَيْمَ؟ قالت: اللهُ عزَّ وجلَّ. قال: إني لأسمعُ للهِ شأنًا، ثم رمى بنفسِه من الجبلِ فَتَقَطَّعَ.
Teks Bahasa Melayu
Kisah tentang seorang budak lelaki dalam kalangan Bani Israil di atas sebuah bukit. Dia bertanya kepada ibunya: Siapakah yang menciptakan langit? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bumi? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bukit-bukau? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan awan? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar kehebatan bagi Allah. Kemudian, dia mencampakkan dirinya dari bukit tersebut, lalu (anggota badannya) terputus-putus.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2074, hadis no. 10410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، أنه ذكر غلاماً في بني إسرائيل على جبلٍ، فقال لأُمِّه: من خلق السّماء؟ قالت: الله - عز وجل -، قال: فمن خلق الأرض؟ قالت: الله - عز وجل -، قال: فمن خلق الجبالَ؟ قالت: الله - عز وجل -. قال: فمن خلق الغيْم؟ قالت: الله - عز وجل -. قال: إني لأسمع لله شأناً. ثم رمَى بنفسه من الجبل، فتقطّع. [الغزالي في ((الإحياء))، ((الضعيفة)) (6501)]
(Sangat Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda menyebut kisah seorang budak lelaki dalam kalangan Bani Israil di atas sebuah bukit. Dia bertanya kepada ibunya: Siapakah yang menciptakan langit? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bumi? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan bukit-bukau? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia bertanya: Siapakah yang menciptakan awan? Ibunya menjawab: Allah ‘Azza Wa Jalla. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar kehebatan bagi Allah. Kemudian, dia mencampakkan dirinya dari bukit tersebut, lalu (anggota badannya) terputus-putus. [Riwayat al-Ghazālī dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6501]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman