Kisah pertemuan Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS

TEKS BAHASA ARAB

قال أخي موسی: یا رب! أرني الذي كنت أريتني في السفينة، فأوحى الله إليه: إنك ستراه. فلم يلبث إلا يسيرا حتى أتاه الخضر، وهو فتى طيب الريح، حسن بياض الثياب؛ مشمّرها، فقال: السلام عليك، إن ربك يقرأ عليك السلام، فقال موسى: هو السلام، وإليه السلام، ومنه السلام، وإليه يرجع السلام، والحمد لله رب العالمين الذي لا أحصي نعمه إلا بمعونته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saudaraku Musa berkata: “Wahai Tuhan! (Aku mohon) perlihatkan kepadaku (sekarang) sebagaimana Engkau telah memperlihatkan kepadaku di atas kapal.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Sesungguhnya engkau akan melihatnya.” Dan tidak lama kemudian, datanglah Khidir, seorang pemuda yang wangi bau badannya, putih bajunya dengan terlipat kainnya, lalu berkata: “Salam sejahtera ke atasmu, sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu.” Maka Musa berkata: “(Sesungguhnya) Dia-lah Yang Maha Sejahtera, dan kepada-Nya kesejahteraan, dan daripada-Nya kesejahteraan, dan kepada-Nya akan kembali kesejahteraan, dan segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang mana aku tidak dapat menghitung kebaikan-Nya melainkan dengan pertolongan-Nya."

STATUS

Palsu dan tanda-tanda kepalsuan sangat jelas

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 546, hadis nombor 2858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع، لوائح الوضع عليه ظاهرة) عن أبي سعيد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قال أخي موسی: یا رب! أرني الذي كنت أريتني في السفينة، فأوحى الله إليه: إنك ستراه. فلم يلبث إلا يسيرا حتى أتاه الخضر، وهو فتى طيب الريح، حسن بياض الثياب؛ مشمّرها، فقال: السلام عليك، إن ربك يقرأ عليك السلام، فقال موسى: هو السلام، وإليه السلام، ومنه السلام، وإليه يرجع السلام، والحمد لله رب العالمين الذي لا أحصي نعمه إلا بمعونته)). [أبو محمد البستي في ((تفسيره))، عد، طس، ابن عساکر، ((الضعيفة)) (6377)]

(Palsu dan tanda-tanda kepalsuan sangat jelas)
Daripada Abu Sa’id RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Saudaraku Musa berkata: “Wahai Tuhan!, (Aku mohon) perlihatkan kepadaku (sekarang) sebagaimana Engkau telah memperlihatkan kepadaku di atas kapal.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Sesungguhnya engkau akan melihatnya.” Dan tidak lama kemudian, datanglah Khidir, seorang pemuda yang wangi bau badannya, putih bajunya dengan terlipat kainnya, lalu berkata: “Salam sejahtera ke atasmu, sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu.” Maka Musa berkata: “(Sesungguhnya) Dia-lah Yang Maha Sejahtera, dan kepada-Nya kesejahteraan, dan daripada-Nya kesejahteraan, dan kepada-Nya akan kembali kesejahteraan, dan segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang mana aku tidak dapat menghitung kebaikan-Nya melainkan dengan pertolongan-Nya."
[Riwayat Abu Muhammad al-Bisti dalam al-Tafsir, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6377]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs