Kisah Nabi Ayyub AS yang menceritakan tentang ulat yang jatuh

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قصة أيوب عليه السلام من كونه تناثر منه الدود ونحوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kisah Nabi Ayyub AS yang menceritakan tentang ulat yang jatuh daripada tubuhnya dan seumpamanya.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 133-134, hadis nombor 374. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس له أصل، وربما كفر متعقده، إذ يستحيل على الأنبياء كل منفر طبعا، نعم كان مرضه بالجدري.

Tiada asalnya. Orang yang meyakininya boleh jadi kafir kerana mustahil bagi para Nabi memiliki sifat yang menjijikkan. Ya, penyakit beliau adalah cacar.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs