Classification icon

Ulama berbeza pendapat

30/06/2024

minit bacaan



Kisah malaikat Harut dan Marut

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: هاروت وماروت وقصتهما مَعَ الزهرة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Kisah malaikat Harut dan Marut dengan al-Zahrah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Ulama berbeza pendapat

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 214, hadis no. 680. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

اضطرب كلام العلماء هنا فقال قوم: إنها موضوعة، ومحكية عن اليهود، واختاره البيضاوي وغيره، وكأنهم أخذوا من قوله تعالى: {عباد مكرمون} [الأنبياء: 26] . {لا يعصون الله ما أمرهم} [التحريم: 6] . وقال قوم منهم ابن حجر: إن لها طرقا تفيد العلم بصحتها. وبسطته في حاشيتي على الجلالين الموسومة بمسرة العينين. والله أعلم.

Ulama berbeza pendapat tentang perkara ini. Sebahagian mereka berkata: Ia palsu, dihikayatkan daripada Yahudi. Pandangan ini pilihan al-Baidhawi dan selainnya. Mereka mengambilnya daripada firman Allah (yang bermaksud): “(malaikat) adalah hamba-hamba yang mulia.” [Surah al-Anbiya' ayat 26] dan "Mereka tidak bermaksiat kepada Allah. terhadap apa yang Allah perintahkan kepada mereka". [Surah al-Tahrim ayat 6] Sekumpulan ulama, termasuk Ibn Hajar berkata: Kisah ini memiliki beberapa sanad yang menatijahkan kesahihannya. Aku telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang perkara ini dalam Hasyiah al-Jalalain yang bertajuk Masarrah al-‘Aynain.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.