Baginya jalur riwayat yang banyak
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قِصَّةُ هَارُوتَ وَمَارُوتَ مَعَ الزَّهْرَةِ وَهُبُوطِهِ إِلَى الأَرْضِ امْرَأَةً حَسَنَةً حِينَ طَغَتِ الْمَلائِكَةُ وَشُرْبِهِمَا الْخَمْرَ وقتلهما النَّفس وزناهما.
Teks Bahasa Melayu
Kisah Harut dan Marut bersama Al-Zuhrah dan turunnya dia ke bumi sebagai seorang perempuan yang baik. Ketika itu malaikat telah melakukan perkara yang melampaui, minum arak, membunuh jiwa manusia dan berzina.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Baginya jalur riwayat yang banyak
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 110. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Kisah Harut dan Marut bersama Al-Zuhrah dan turunnya dia ke bumi sebagai seorang perempuan yang baik. Ketika itu malaikat telah melakukan perkara yang melampaui, minum arak, membunuh jiwa manusia dan berzina.” Ia diriwayatkan oleh Ibn Umar secara marfu’. Dalam sanadnya terdapat Musa Bin Jubair. Beliau adalah seorang perawi yang dipertikaikan namun riwayat beliau ada mutabi’ (sokongan). Dalam riwayat Abu Nu’aim daripada Ali. Beliau berkata: “Rasulullah SAW melaknat Al-Zuhrah. Baginda bersabda: Al-Zuhrah telah memfitnah dua malaikat.” Dikatakan bahawa hadith ini adalah sahih yang mana ia diriwayatkan secara mauquf kepada Ka’ab. Begitu yang dikatakan oleh Al-Baihaqi. Dalam kitab Al-Wajiz menyebut bahawa kisah kedua malaikat tersebut dalam sanadnya terdapat juga Al-Farj Bin Fudhalah. Beliau adalah perawi yang daif. Saya katakan: Ibn Hajar berkata: Ia mempunyai jalur periwayatan yang banyak. Ia menguatkan bahawa hadith tersebut wujud kerana periwayatannya yang pelbagai.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman