Kisah bulan turun dan masuk ke dalam poket Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قصة هبوط القمر، ودخوله في جيب النبي صلى الله عليه وسلم وخروجه من كمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kisah bulan turun dan masuk ke dalam poket Nabi SAW dan kelauar dari arah baju lengan baginda SAW.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 133, hadis nombor 372. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس له أصل، كما ذكره الزركشي.

Tiada asalnya seperti yang dinyatakan oleh al-Zarkasyi.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.