Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان الكِفْلُ من بني إسرائيلَ؛ لا يتورعُ عن ذنبٍ عمله، فأَتَتْهُ امرأةٌ فأعطاها سِتِّينَ دينارًا على أن يَطَأَها فلما قعد منها مَقْعَدَ الرجلِ من امرأتِهِ أَرْعَدَت وبكت . . الحديثَ.
Teks Bahasa Melayu
Dahulu ada (seorang lelaki bernama) al-Kifl daripada kalangan Bani Israel, dia tidak berasa takut akan dosa yang dia telah lakukan. Suatu hari datang seorang perempuan kepadanya dan dia memberi 60 dinar kepada perempuan tersebut dengan tujuan untuk bersetubuh dengannya. Sebaik sahaja dia bersama perempuan tersebut seperti duduknya seorang suami bersama isterinya, perempuan itu pun berasa takut dan menangis...
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis no. 380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((كان الكفل من بني إسرائيل؛ لا يتورع عن ذنب عمله، فأتته امرأة فأعطاها ستين ديناراً على أن يطأها فلما قعد منها مقعد الرجل من امرأته أرعدت وبكت...))الحديث. [ت، حم، ع، ك، هب، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4083)].
(Daif) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Dahulu ada (seorang lelaki bernama) al-Kifl daripada kalangan Bani Israel, dia tidak berasa takut akan dosa yang dia telah lakukan. Suatu hari datang seorang perempuan kepadanya dan dia memberi 60 dinar kepada perempuan tersebut dengan tujuan untuk bersetubuh dengannya. Sebaik sahaja dia bersama perempuan tersebut seperti duduknya seorang suami bersama isterinya, perempuan itu pun berasa takut dan menangis...)) [Riwayat al-Tirmiẓi dalam Sunannya, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Abu Ya‘la dalam Musnadnya, al-Ḥakim dalam Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4083].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman