Kiamat tidak akan berlaku sehingga seorang anak menjadi pemarah

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى يكون الولد غيظا، والمطر قيظا وتفيض اللئام فيضا ويغيض الكرام غيظا ويجترئ الصغير على الكبير واللئيم على الكريم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku sehingga seorang anak menjadi pemarah, musim hujan menjadi panas, orang yang dicela semakin ramai, orang mulia semakin berkurangan, orang muda tidak menghormati orang tua dan menghina orang yang mulia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 254, hadis nombor 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الطبراني في الأوسط من حديث ابن مسعود. قال الهيثمي في المجمع (7/ 325) : فيه جماعة لم أعرفهم. وقال الحافظ العراقي في المغني (2/ 196) : رواه الخرائطي في مكارم الأخلاق من حديث عائشة والطبراني من حديث ابن مسعود وإسنادهما ضعيف .

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat melalui hadith Ibn Mas’ud. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (7/325): “Dalam sanadnya terdapat sekumpulan perawi yang aku tidak kenali”. Al-Hafiz al-‘Iraqi dalam al-Mughni (2/196): “al-Khara’eiti turut meriwayatkannya dalam Makarim al-Akhlaq melalui hadith ‘Aishah dan al-Tabarani melalui hadith Ibn Mas’ud, kedua-kedua sanadnya adalah dha’if”.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs