Kiamat tidak akan berlaku hinggalah zuhud menjadi suatu riwayat dan sikap warak pula dibuat-buat

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى يكون الزهد رواية، والورع تصنعاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku hinggalah zuhud menjadi suatu riwayat dan sikap warak pula dibuat-buat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1348, hadis nombor 6888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعاً: لا تقوم الساعة حتى يكون الزهد رواية، والورع تصنعاً.
[حل، فر، ((الضعيفة)) (4791)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kiamat tidak akan berlaku hinggalah zuhud menjadi suatu riwayat dan sikap warak pula dibuat-buat.
[Riwayat Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4791]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs