Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تقومُ الساعةُ حتى يكون الزهدُ روايةً، والورعُ تصنعًا.
Teks Bahasa Melayu
Kiamat tidak akan berlaku hinggalah zuhud menjadi suatu riwayat dan sikap warak pula dibuat-buat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1348, hadis no. 6888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعاً: لا تقوم الساعة حتى يكون الزهد رواية، والورع تصنعاً. [حل، فر، ((الضعيفة)) (4791)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Kiamat tidak akan berlaku hinggalah zuhud menjadi suatu riwayat dan sikap warak pula dibuat-buat. [Riwayat Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4791]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman