Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kiamat tidak akan berlaku hinggalah salah seorang daripada sahabatku dicari

Teks Bahasa Arab

لا تقومُ السَّاعةُ حتى يُلتمَسَ رجُلٌ من أصحابي كما تُلتمَسُ - أو: تُبتَغى - الضَّالَّةُ، فلا يوجَدُ.

Teks Bahasa Melayu

Kiamat tidak akan berlaku hinggalah salah seorang daripada sahabatku dicari seperti dicari barang yang hilang, namun dia tidak ditemui.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1393, hadis no. 7071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : لا تقوم الساعة حتى يلتمس رجل من أصحابي كما تلتمس - أو: تبتغي - الضالة، فلا يوجد. [حم، البزار، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6792)]

(Sangat lemah) Daripada 'Ali RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Kiamat tidak akan berlaku hinggalah salah seorang daripada sahabatku dicari seperti dicari barang yang hilang, namun dia tidak ditemui. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6792]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.