Kiamat tidak akan berlaku hinggalah rukun (bucu Ka'bah) dan al-Qur'an diangkat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى يرفع الركن والقرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku hinggalah rukun (bucu Ka’bah) dan al-Qur’an diangkat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1347 – 1348 , hadis nombor 6887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما رفعه: لا تقوم الساعة حتى يرفع الركن والقرآن.
[ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، فر، ((الضعيفة)) (4789)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kiamat tidak akan berlaku hinggalah rukun (bucu Ka’bah) dan al-Qur’an diangkat.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Hakam dalam Futuh Misr dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4789]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.