Kiamat tidak akan berlaku hinggalah berlakunya perbalahan

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى تكون خصومات الناس في ربهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku hinggalah berlakunya perbalahan orang ramai berkenaan Tuhan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371, hadis nombor 6987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تقوم الساعة حتى تكون خصومات الناس في ربهم.
[ابن عبد البر في ((الجامع))، الهروي في ((ذم الكلام))، فر، ((الضعيفة)) (5775)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Kiamat tidak akan berlaku hinggalah berlakunya perbalahan orang ramai berkenaan Tuhan mereka.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami', al-Harawi dalam Zam al-Kalam dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5775]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs