Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى تكونَ خصوماتُ الناسِ في ربِّهم.
Teks Bahasa Melayu
Kiamat tidak akan berlaku hinggalah berlakunya perbalahan orang ramai berkenaan Tuhan mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371, hadis no. 6987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تقوم الساعة حتى تكون خصومات الناس في ربهم. [ابن عبد البر في ((الجامع))، الهروي في ((ذم الكلام))، فر، ((الضعيفة)) (5775)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Kiamat tidak akan berlaku hinggalah berlakunya perbalahan orang ramai berkenaan Tuhan mereka. [Riwayat Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami', al-Harawi dalam Zam al-Kalam dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5775]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman