Kiamat tidak akan berlaku hinggalah pengawal bersenjata yang orang Islam yang paling dekat berada di Bawla’

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى تكون أدنى مسالح المسلمين بـ (بولاء). يا علي! يا علي! يا علي! إنكم ستقاتلون بني الأصفر، ويقاتلهم الذين من بعدكم، حتى تخرج إليهم روقة الإسلام: أهل الحجاز؛ الذين لا يخافون في الله لومة لائم، فيفتتحون القسطنطينية بالتسبيح والتكبير، فيصيبون غنائم لم يصيبوا مثلها، حتى يقتسموا بالأترسة، ويأتي آت فيقول: إن المسيح قد خرج في بلادكم، ألا وهي كذبة، فالآخذ نادم، والتارك نادم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku hinggalah pengawal bersenjata yang orang Islam yang paling dekat berada di Bawla’. Wahai ‘Ali! Wahai ‘Ali! Wahai ‘Ali! Sesungguhnya kamu akan memerangi Bani al-Asfar, dan orang-orang selepas kamu akan memerangi mereka hingga keluarnya golongan Islam yang terpilih iaitu penduduk Hijaz; Orang-orang yang tidak takutkan kerana Allah, celaan orang yang mencela. Lalu mereka akan membuka Kota Qastantiniyah dengan tasbih dan takbir. Mereka akan mendapatkan harta rampasan perang yang belum pernah diperolehi sepertinya hingga mereka dapat membahagikan perisai perang. Seseorang akan datang lalu berkata: Sesungguhnya al-Masih telah keluar di negara kamu, ingatlah bahawa ia adalah dusta. Orang yang mengambilnya pasti menyesal dan orang yang meninggalkannya juga pasti menyesal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1347, hadis nombor 6886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عمرو بن عوف مرفوعاً: لا تقوم الساعة حتى تكون أدنى مسالح المسلمين بـ (بولاء). يا علي! يا علي! يا علي! إنكم ستقاتلون بني الأصفر، ويقاتلهم الذين من بعدكم، حتى تخرج إليهم روقة الإسلام: أهل الحجاز؛ الذين لا يخافون في الله لومة لائم، فيفتتحون القسطنطينية بالتسبيح والتكبير، فيصيبون غنائم لم يصيبوا مثلها، حتى يقتسموا بالأترسة، ويأتي آت فيقول: إن المسيح قد خرج في بلادكم، ألا وهي كذبة، فالآخذ نادم، والتارك نادم.
[هـ، ((الضعيفة)) (4790)].

(Palsu)
Daripada ‘Amr bin ‘Awf secara marfu’ (disandarkan kepada nabi SAW): Kiamat tidak akan berlaku hinggalah pengawal bersenjata yang orang Islam yang paling dekat berada di Bawla’. Wahai ‘Ali! Wahai ‘Ali! Wahai ‘Ali! Sesungguhnya kamu akan memerangi Bani al-Asfar, dan orang-orang selepas kamu akan memerangi mereka hingga keluarnya golongan Islam yang terpilih iaitu penduduk Hijaz; Orang-orang yang tidak takutkan kerana Allah, celaan orang yang mencela. Lalu mereka akan membuka Kota Qastantiniyah dengan tasbih dan takbir. Mereka akan mendapatkan harta rampasan perang yang belum pernah diperolehi sepertinya hingga mereka dapat membahagikan perisai perang. Seseorang akan datang lalu berkata: Sesungguhnya al-Masih telah keluar di negara kamu, ingatlah bahawa ia adalah dusta. Orang yang mengambilnya pasti menyesal dan orang yang meninggalkannya juga pasti menyesal.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4790]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs