Kiamat tidak akan berlaku hingga bertambah nasab anak-anak jin dalam kalangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يردوكم عن دينكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kiamat tidak akan berlaku hingga bertambah banyak dalam kalangan kamu anak-anak jin daripada isteri-isteri kamu dan bertambah banyaknya nasab mereka dalam kalangan kamu sehinggakan mereka membantah (berdebat) kamu dengan al-Quran, hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1371, hadis nombor 6986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: لا تقوم الساعة حتى تكثر فيكم أولاد الجن من نسائكم، ويكثر نسبهم فيكم حتى يجادلوكم بالقرآن؛ حتى يردوكم عن دينكم.
[الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (5776)]

(Sangat munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Kiamat tidak akan berlaku hingga bertambah banyak dalam kalangan kamu anak-anak jin daripada isteri-isteri kamu dan bertambah banyaknya nasab mereka dalam kalangan kamu sehinggakan mereka membantah (berdebat) kamu dengan al-Quran, hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu.
[Riwayat al-Kalabaziy dalam Miftah al-Ma'ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5776]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs