TEKS BAHASA ARAB
والذي نفسي بيده، لا تقوم الساعة حتى تقتلوا إمامكم، وتجتلدوا بأسيافكم، ويرث دنياكم شراركم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Kiamat tidak akan berlaku hinggalah kamu membunuh pemerintah kamu sendiri dan kamu saling menghunus pedang-pedang kamu dan dunia kamu diwarisi oleh orang yang paling jahat dalam kalangan kamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1322, hadis nombor 6750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: والذي نفسي بيده، لا تقوم الساعة حتى تقتلوا إمامكم، وتجتلدوا بأسيافكم، ويرث دنياكم شراركم.
[ت، هـ، حم، ((الضعيفة)) (2046)].
(Lemah)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Kiamat tidak akan berlaku hinggalah kamu membunuh pemerintah kamu sendiri dan kamu saling menghunus pedang-pedang kamu dan dunia kamu diwarisi oleh orang yang paling jahat dalam kalangan kamu.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2046].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.