Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kiamat berlaku apabila pemerintah dibunuh dan umat manusia saling membunuh sesama mereka

Teks Bahasa Arab

والذي نفسي بيدِه، لا تقومُ الساعةُ حتى تَقْتُلوا إمامَكم، وتَجْتَلِدوا بأسيافِكم، ويَرِثُ دنياكم شرارُكم.

Teks Bahasa Melayu

Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Kiamat tidak akan berlaku hinggalah kamu membunuh pemerintah kamu sendiri dan kamu saling menghunus pedang-pedang kamu dan dunia kamu diwarisi oleh orang yang paling jahat dalam kalangan kamu.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah bin al-Yaman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1322, hadis no. 6750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: والذي نفسي بيده، لا تقوم الساعة حتى تقتلوا إمامكم، وتجتلدوا بأسيافكم، ويرث دنياكم شراركم. [ت، هـ، حم، ((الضعيفة)) (2046)].

(Lemah) Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya! Kiamat tidak akan berlaku hinggalah kamu membunuh pemerintah kamu sendiri dan kamu saling menghunus pedang-pedang kamu dan dunia kamu diwarisi oleh orang yang paling jahat dalam kalangan kamu. [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2046].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.