Khusyuk itu di dalam hati

TEKS BAHASA ARAB

الخشوع في القلب وأن تُلين كتفك للمرء المسلم وأنْ لا تلتفت في صلاتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Khusyuk itu di dalam hati, dan kamu melembutkan bahu kamu untuk seorang Muslim, serta kamu tidak berpaling dalam solat kamu.

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126 – 127, hadis nombor 646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن علي رضي الله عنه أنه سئل عن قول الله عَزَّ وَجَلَّ: {الذين هم في صلاتهم خاشعون}، قال: الخشوع في القلب وأن تُلين كتفك للمرء المسلم، وأنْ لا تلتفت في صلاتك. [ابن المبارك في الزهد، الضعيفة (6241)]

(Mawquf lemah) Daripada ‘Alī RA bahawa beliau telah ditanyakan tentang firman Allah ‘Azza Wa Jalla: {(Golongan yang beriman itu adalah mereka yang khusyuk di dalam solat mereka}. Beliau telah berkata: Khusyuk itu di dalam jantung hati, dan kamu melembutkan bahu kamu untuk seorang Muslim, serta kamu tidak berpaling dalam solat kamu. [Diriwayatkan oleh Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6241]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs