Mauquf Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخُشوعُ في القَلبِ وأن تلينَ كتفَكَ للمرءِ المسلمِ وأن لا تلتفِتَ في صلاتِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Khusyuk itu di dalam hati, dan kamu melembutkan bahu kamu untuk seorang Muslim, serta kamu tidak berpaling dalam solat kamu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mauquf Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 126 - 127, hadis no. 646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف ضعيف) عن علي رضي الله عنه أنه سئل عن قول الله عَزَّ وَجَلَّ: {الذين هم في صلاتهم خاشعون}، قال: الخشوع في القلب وأن تُلين كتفك للمرء المسلم، وأنْ لا تلتفت في صلاتك. [ابن المبارك في الزهد، الضعيفة (6241)]
(Mauquf Daif) Daripada ‘Alī RA bahawa beliau telah ditanyakan tentang firman Allah ‘Azza Wa Jalla: {(Golongan yang beriman itu adalah mereka yang khusyuk di dalam solat mereka}. Beliau telah berkata: Khusyuk itu di dalam jantung hati, dan kamu melembutkan bahu kamu untuk seorang Muslim, serta kamu tidak berpaling dalam solat kamu. [Riwayat Ibn al-Mubārak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6241]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman