TEKS BAHASA ARAB
الخشوع في القلب، وأن تلين كتفك للمرء المسلم، وأن لا تلتفت في صلاتك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Khusyuk itu adalah pada hati, dan apabila kamu lembutkan bahumu terhadap seorang muslim; dan kamu tidak menoleh (ke arah lain) dalam solatmu.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 337, hadis nombor 1766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – أنه سئل عن قول الله عَزَّ وَجَلَّ: {الذين هم في صلاتهم خاشعون}، قال: ((الخُشُوعُ فِي القُلُبِ، وَأَنْ تُلِينَ كَتِفَكَ لِلْمَرْءِ الْمُسْلِمِ، وَأَن لَّا تَلْتَفِتَ فِي صَلَاتِكَ)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (6241)].
(Mawquf (ucapan sahabat) Lemah) Daripada Ali RA, bahawa beliau ditanya tentang firman Allah: “Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya” Beliau menjawab: “Khusyuk itu adalah pada hati, dan apabila kamu lembutkan bahumu terhadap seorang muslim; dan kamu tidak menoleh (ke arah lain) dalam solatmu.” [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6241].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.