Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Khitankanlah anak-anak lelakimu pada hari ketujuh kerana ia lebih menyucikan

Teks Bahasa Arab

اخْتِنوا أولادكم يومَ السابعَ؛ فإنه أطهَرُ، وأسرَعُ نباتاً للحم، وأَرْوَحُ للقلبِ.

Teks Bahasa Melayu

Khitankanlah anak-anak lelakimu pada hari ketujuh kerana ia lebih menyucikan dan lebih mempercepatkan pertumbuhan daging dan lebih menenangkan hati.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1219, hadis no. 6210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي رضي اللّه عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اختنوا أولادكم يوم السابع؛ فإنه أطهر، وأسرع نباتا للحم، وأروح للقلب. [فر، ((الضعيفة)) (6210)].

(Palsu) Daripada 'Ali RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Khitankanlah anak-anak lelakimu pada hari ketujuh kerana ia lebih menyucikan dan lebih mempercepatkan pertumbuhan daging dan lebih menenangkan hati. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6210]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.