Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخِتانُ سُنةٌ للرجالِ، مكْرُمَةٌ للنساءِ.
Teks Bahasa Melayu
Khitan adalah sunnah kepada golongan lelaki dan kemuliaan bagi golongan wanita.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1198, hadis no. 6078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) الختان سنة للرجال، مكرمة للنساء. روي من حديث أسامة الهذلي والد أبي المليح وشداد بن أوس، وعبد الله بن عباس رضي الله عنه. [حم، هق، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1935)]
(Lemah) Khitan adalah sunnah kepada golongan lelaki dan kemuliaan bagi golongan wanita. Diriwayatkan melalui hadis Usamah al-Huzali, ayah kepada Abi al-Mulaih, Shaddad bin Aws, 'Abdillah bin 'Abbas RA. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Baihaqi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1935]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman