Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخِلافةُ بالمدينةِ والمُلْكُ بالشامِ.
Teks Bahasa Melayu
Khilafah itu di Madinah dan kerajaan pula di Syam.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1309, hadis no. 6688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: الخلافة بالمدينة والملك بالشام. [تخ، ك، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (1188)].
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Khilafah itu di Madinah dan kerajaan pula di Syam. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Dala'il. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1188].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman