Khidir dan Ilyas AS berjumpa pada setiap musim Haji dalam satu tahun

TEKS BAHASA ARAB

يلتقي الخضر وإلياس عليهما السلام في كل عام في الموسم فيحلق كل واحد منهما رأس صاحبه ويتفرقان عن هؤلاء الكلمات باسم الله ما شاء الله لا يسوق الخير إلا الله ما شاء الله لا يصرف السوء إلا الله ما شاء الله ما كان من نعمة فمن الله ما شاء الله لا حول ، ولا قوة إلا بالله من قالهن حين يصبح وحين يمسي ثلاث مرات آمنه الله من الغرق والحرق والسرق قال وأحسبه قال ومن الشيطان والسلطان والحية والعقرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Khidir dan Ilyas AS berjumpa pada setiap musim (Haji) dalam satu tahun. Lalu mereka akan mencukur kepala sesama sendiri dan berpisah dengan ucapan ini: ‘Dengan nama Allah dan apa yang Allah kehendaki, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah. Apa yang Allah kehendaki, tidak akan mengalihkan satu kejahatan itu melainkan Allah. Apa yang Allah kehendaki, tidak ada satu nikmat pun melainkan ia daripada Allah. Apa yang Allah kehendaki, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah.’ Barang siapa yang membaca ucapan ini ketika masuk waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali maka Allah akan menyelamatkannya daripada tenggelam, kebakaran serta kecurian. (Dia (perawi) berkata: Dan aku menyangka baginda berkata) juga daripada syaitan, sultan, ular dan kala jengking.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1713, hadis nombor 8610. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ مرفوعاً وموقوفاً: (يلتقي الخضر وإلياس عليهما السلام في كل عام في الموسم، فيحلق كل واحد منهما رأس صاحبه، ويفترقان عن هؤلاء الكلمات: بسم الله ما شاء الله، لا يسوق الخير الا الله، ما شاء الله لا يصرف السوء الا الله، ما شاء الله، ما كان من نعمة فمن الله؛ ما شاء الله، لا حول ولا قوة الا بالله. من قالهن حين يصبح وحين يمسي ثلاث مرات أمنه الله من الغرق والحرق، والسَّرَقِ. وأحسبه قال: ومن الشيطان والسلطان والحية والعقرب).
[عق، عد، ابن شاذان في ((المشيخة الصغرى))، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6251)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) dan marfu’ (disandarkan kepada Nabis SAW): “Khidir dan Ilyas AS berjumpa pada setiap musim (Haji) dalam satu tahun. Lalu mereka akan mencukur kepala sesama sendiri dan berpisah dengan ucapan ini: ‘Dengan nama Allah dan apa yang Allah kehendaki, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah. Apa yang Allah kehendaki, tidak akan mengalihkan satu kejahatan itu melainkan Allah. Apa yang Allah kehendaki, tidak ada satu nikmat pun melainkan ia daripada Allah. Apa yang Allah kehendaki, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah.’ Barang siapa yang membaca ucapan ini ketika masuk waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali maka Allah akan menyelamatkannya daripada tenggelam, kebakaran serta kecurian. (Dia (perawi) berkata: Dan aku menyangka baginda berkata) juga daripada syaitan, sultan, ular dan kala jengking.”
[Diriwayatkan oleh al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, Ibn Shazan dalam al-Mashikhah al-Sughra, Ibn Asakir dan Ibn Al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6251]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs