Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Khidir AS dan 'Ilyas AS berjumpa setiap tahun pada satu musim dan mencukur rambut satu sama lain

Teks Bahasa Arab

يلتَقي الخضرُ وإلياسُ علَيهِما السَّلامُ في كلَّ عامٍ في المَوْسِمِ، فيَحلقُ كلُّ واحدٍ منهما رأسَ صاحبِهِ، ويتفرَّقانِ عن هؤلاءِ الكلِماتِ: باسمِ اللَّهِ ما شاءَ اللَّهُ، لا يَسوقُ الخيرَ إلا اللَّهَ، ما شاءَ اللَّهُ لا يصرفُ السُّوءَ إلا اللَّهَ، ما شاءَ اللَّهُ، ما كانَ من نعمةٍ؛ فمنَ اللَّهِ، ما شاءَ اللَّهُ، لا حولَ ولا قوَّةَ إلا باللَّهِ. من قالَهُنَّ حينَ يصبحُ وحينَ يُمسي ثلاثَ مرَّاتٍ آمَنَهُ اللَّهُ منَ الغرَقِ والحرقِ، والسَّرقِ. قال: وأحسبُهُ، قالَ: ومنَ الشَّيطانِ والسُّلطانِ والحيَّةِ والعقربِ.

Teks Bahasa Melayu

Khidir AS dan 'Ilyas AS berjumpa setiap tahun pada satu musim dan mencukur rambut satu sama lain. Lalu mereka berpisah dengan ucapan yang berikut: "Dengan nama Allah dan apa yang Allah kehendaki. Kebaikan tidak akan datang melainkan dengan Allah, dan masya-Allah, kejahatan juga tidak akan pergi melainkan dengan kehendak Allah, masya-Allah segala apa daripada nikmat itu adalah dari Allah, dan masya-Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah". Sesiapa yang membaca ucapan ini ketika masuk waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali, maka Allah akan menyelamatkannya daripada tenggelam, kebakaran dan kecurian. Lalu baginda berkata: Aku merasakan bahawa (Allah juga akan menyelamatkan) daripada syaitan, sultan, ular dan kala jengking.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1569, hadis no. 7946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما موقوفا ومرفوعا: يلتقي الخضر وإلياس عليهما السلام في كل عام في الموسم، فيحلق كل واحد منهما رأس صاحبه، ويفترقان عن هؤلاء الكلمات: باسم الله ما شاء الله، لا يسوق الخير الا الله، ما شاء الله لا يصرف السوء الا الله، ما شاء الله، ما كان من نعمة فمن الله؛ ما شاء الله، لا حول ولا قوة الا بالله. من قالهن حين يصبح وحين يمسي ثلاث مرات أمنه الله من الغرق والحرق، والسرق. قال: وأحسبه، قال: ومن الشيطان والسلطان والحية والعقرب. [عق، عد، ابن شاذان في ((المشيخة الصغرى))، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6251)].

(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara mawquf dan marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Khidir AS dan 'Ilyas AS berjumpa setiap tahun pada satu musim dan mencukur rambut satu sama lain. Lalu mereka berpisah dengan ucapan yang berikut: "Dengan nama Allah dan apa yang Allah kehendaki. Kebaikan tidak akan datang melainkan dengan Allah, dan masya-Allah, kejahatan juga tidak akan pergi melainkan dengan kehendak Allah, masya-Allah segala apa daripada nikmat itu adalah dari Allah, dan masya-Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah". Sesiapa yang membaca ucapan ini ketika masuk waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali maka Allah akan menyelamatkannya daripada tenggelam, kebakaran dan kecurian. Lalu baginda berkata: Aku merasakan bahawa (Allah juga akan menyelamatkan) daripada syaitan, sultan, ular dan kala jengking.[Riwayat al-Uqaili dalam Kitab al-Dhu’afa al-Kabir, Ibn ‘Adiy dalam Kitab al-Kamil al-Du'afa', Ibn Shazan dalam Kitab al-Mashikha al-Sughra, Ibn Asakir, Ibn al-Jawzi, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6251].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.