Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الخضرَ في البحرِ، واليسعَ في البرّ، يجتمعانِ كل ليلةٍ عند الردمِ الذي بناهُ ذو القرنينِ بين الناسِ وبين يأجوجَ ومأجوج؛ يحجانِ ويعتمرانِ كل عامٍ، ويشربانِ من زمزمَ شربةً تكفيهما إلى قابلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Khidir berada di lautan, Ilyasa' pula di daratan, mereka berdua akan bertemu pada setiap malam di tembok yang telah dibina oleh Zu al-Qarnayn (Zulkarnain) yang memisahkan antara manusia dan Yakjuj Makjuj. Keduanya melakukan haji dan umrah pada setiap tahun dan kedua mereka meminum air zamzam dalam kuantiti yang mencukupi untuk mereka berdua hingga tahun hadapan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365, hadis no. 6956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الخضر في البحر، واليسع في البر، يجتمعان كل ليلة عند الردم الذي بناه ذو القرنين بين الناس وبين يأجوج ومأجوج؛ يحجان ويعتمران كل عام، ويشربان من زمزم شربة تكفيهما إلى قابل. [الحارث، ((الضعيفة)) (5529)]
(Palsu) Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Khidir berada di lautan, Ilyasa' pula di daratan, mereka berdua akan bertemu pada setiap malam di tembok yang telah dibina oleh Zu al-Qarnayn (Zulkarnain) yang memisahkan antara manusia dan Yakjuj Makjuj. Keduanya melakukan haji dan umrah pada setiap tahun dan kedua mereka meminum air zamzam dalam kuantiti yang mencukupi untuk mereka berdua hingga tahun hadapan. [Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5529]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman