Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Khazanah yang berharga di sisi Allah Azzawajalla adalah kalam

Teks Bahasa Arab

خزائنُ اللهِ -عزَّ وجلَّ - الكلامُ ، وإذا أراد شيئًا يقولُ له: كُنْ، فيكون.

Teks Bahasa Melayu

Khazanah (sesuatu yang berharga) di sisi Allah Azzawajalla adalah kalam, dan jika Dia mahukan sesuatu, Dia mengatakan kepadanya: 'Jadilah! Maka jadilah ia.'

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 472, hadis no. 2531.

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((خزائن الله - عز وجل - الكلام، وإذا أراد شيئاً يقول له: كن، فيكون)). [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (3796)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Khazanah (sesuatu yang berharga) di sisi Allah Azzawajalla adalah kalam, dan jika Dia mahukan sesuatu, Dia mengatakan kepadanya: 'Jadilah! Maka jadilah ia.' [Riwayat Abu Syeikh dalam kitab al-Uzmah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3796]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.