Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اختِنوا أولادَكم يومَ السَّابعِ ؛ فإنَّه أطهَرُ ، وأسرعُ نباتًا للَّحمِ ، وأروَحُ للقلبِ.
Teks Bahasa Melayu
Khatankan anak kalian pada hari ketujuh, kerana itu lebih suci, lebih cepat untuk daging tumbuh, dan lebih tenang untuk hati.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 958, hadis no. 4944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي - رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: اختنوا أولادكم يوم السابع؛ فإنه أطهر، وأسرع نباتا للحم، وأروح للقلب. [فر، الضعيفة (6210)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Ali RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Khatankan anak kalian pada hari ketujuh, kerana itu lebih suci, lebih cepat untuk daging tumbuh, dan lebih tenang untuk hati. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6210].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman